



TRUE CRIME EP8; KEPALA UNTUK NOMBOR LOTERI
SEORANG LELAKI BERUSIA 23 TAHUN MAHUKAN NOMBOR LOTERI YANG BOLEH MENGUBAH HIDUPNYA. SELEPAS MENDAPATKAN NASIHAT DARI SEORANG BOMOH, DIA PERCAYA SATU RITUAL BOLEH MEMBANTUNYA. SYARATNYA, DIA PERLUKAN TENGKORAK MANUSIA. SIAPAKAH YANG MENJADI MANGSANYA? ADAKAH DIA BERJAYA? APAKAH MUNGKIN DIA DITANGKAP…

TRUE CRIME EP7; CINTA YANG TAK PERNAH WUJUD
Boh Soon Ho percaya Zhang Huaxiang ialah kekasihnya. Bila nampak Zhang bersama lelaki lain, dia rasa dikhianati. Tapi selepas Zhang dibunuh, terbongkar bahawa Zhang sebenarnya tidak pernah menganggap mereka sebagai pasangan. Jadi apakah kesudahannya?

TRUE CRIME EP6; PERCUTIAN TERAKHIR DI PULAU SYURGA
SEORANG LELAKI MELAPORKAN KEHILANGAN RAKANNYA DI SEBUAH PULAU DI THAILAND. PADA MASA YANG SAMA, BAHAGIAN TUBUH BADAN MANUSIA MULA DITEMUI DI TEMPAT PEMBUANGAN SAMPAH. POLIS MENJEJAKI SETIAP GERAK LANGKAH SI PELAKU MELALUI RAKAMAN CCTV. ADAKAH RAKANNYA BENAR-BENAR HILANG?

TRUE CRIME EP5; SGD 100,000 UNTUK BUNUH ISTERI SENDIRI
Annie Leong diserang sebaik keluar dari lif di sebuah blok di Hougang. Pembunuhnya baru berusia 15 tahun. Tetapi apabila polis menyiasat, mereka dapati bahawa dia bukan dalang yang sebenar. Seseorang telah menawarkan jumlah wang yang besar untuk memastikan Annie mati. Tapi kenapa dia mahukan Annie …

TRUE CRIME EP4; SATU KELUARGA DIRACUN, KUBUR LAIN PULA DITEMUI
Lima orang ditemui tidak berdaya di sebuah rumah di Bekasi. Apa yang pada mulanya kelihatan seperti kes kearacunan akhirnya membawa polis kepada rahsia pembunuhan yang telah tersimpan selama bertahun-tahun. Apakah yang berlaku? Siapakah pembunuh disebalik semua kes-kes ini?

TRUE CRIME EP3; KEMALANGAN PEMBUNUHAN ATAU SESUATU YANG BELUM TERJAWAB
Sebuah kes kematian yang sangat rumit berlaku pada 2018 di Malaysia. Kes yang dibicarakan di mahkamah berkali-kali sehingga 8 tahun selepas kejadian. Nazrin Hassan. Adakah dia dibunuh sebelum kejadian atau mati dalam kebakaran? Siapa yang tahu? Siapa pelakunya? Apa yang sebenarnya berlaku?

TRUE CRIME EP2; KISAH ABBY CHOI
Seorang figura yang dikenali hilang secara tiba-tiba pada 2023 ketika ingin menjemput anaknya. Adakah hubungan dengan keluarga bekas suaminya ada kaitan dalam kes ini? Ataupun tidak sama sekali? Apa yang berlaku? Apa yang dapat ditemui?

TRUE CRIME EP1; KOPI SIANIDA
Sebuah kejadian pembunuhan yang berlaku di Jakarta pada tahun 2016. Hanya selepas seteguk kopi "Vietnam Ais", seorang gadis mati dihadapan dua orang rakannya. Siapakah yang pembunuhnya? Tukang Kopi atau rakannya sendiri?

TRUE CRIME EP10; THE CURRY MURDER
Apabila satu perbualan biasa berubah menjadi satu konflik peribadi, satu keputusan ngeri telah diambil. Satu kisah pembunahan yang mengerikan dan tidak berperikemanusiaan pernah berlaku di Singapura.

TRUE CRIME EP9; DITANAM DI TENGAH PADANG PASIR
Dunia kripto digemparkan dengan berita pembunuhan seorang usahawan kripto dari rusia pada tahun 2025. Pembunahan yang dilakukan dengan sangat terancang, menyukarkan siasatan bagi pihak polis. Apabila kewangan maya menjadi lebih berkuasa hingga mengakibatkan kehilangan nyawa.