

TRUE CRIME EP10; THE CURRY MURDER
Apabila satu perbualan biasa berubah menjadi satu konflik peribadi, satu keputusan ngeri telah diambil. Satu kisah pembunahan yang mengerikan dan tidak berperikemanusiaan pernah berlaku di Singapura.

TRUE CRIME EP9; DITANAM DI TENGAH PADANG PASIR
Dunia kripto digemparkan dengan berita pembunuhan seorang usahawan kripto dari rusia pada tahun 2025. Pembunahan yang dilakukan dengan sangat terancang, menyukarkan siasatan bagi pihak polis. Apabila kewangan maya menjadi lebih berkuasa hingga mengakibatkan kehilangan nyawa.

TRUE CRIME EP8; DITEMBAK KETIKA SEDANG LIVE DI TIKTOK
Seorang wanita ditembak dari jarak dekat ketika sedang jualan LIVE di TikTok. Serangan mengejut tanpa amaran, motif dendam dan kesudahan yang ramai ingin tahu. Episod ini bakal membuka mata tentang bahaya yang boleh datang bila-bila masa sahaja.

TRUE CRIME EP7; DIBUNUH DI HADAPAN ANAK SENDIRI
Apibila hati dan perasaan bertukar menjadi amarah, nyawa seorang ibu menjadi korban. Dipukul dengan kejam di hadapan anaknya sendiri sehingga akhirnya ditemui mati. Apakah motif sebenar? Dengarkan kisah pembunuhan Yashmin Fauzi.

TRUE CRIME EP6; TRAGEDI PEMBUNUHAN 3 BERADIK
Pada 2018, negara Malayasia digemparkan dengan pembunuhan 3 kanak-kanak kecil yang berlaku di negeri perak. Angkara dendam, kanak-kanak tidak berdosa menjadi mangsa pembunuhan kejam.

TRUE CRIME EP5; PEMBUNUHAN YANG DISANGKA PRANK
Pembunuhan politik yang dirancang, Dilaksanakan oleh dua wanita yang tidak bersalah dan menyangka ini hanya sebuah prank untuk sebuah rancangan di TV. Apakah yang berlaku dan siapakah mangsa yang malang itu?

TRUE CRIME EP4; NANJING HOUSE OF HORROR
Di dalam kesibukan sebuah bandar di China, tersembunyi sebuah rahsia disebalik dinding rumah seorang lelaki yang menggemparkan seluruh negara China. Penduduk menjadi trauma, takut, curiga dah hilang kepercayaan sesama sendiri. Apakah yang terjadi dan apakah motifnya?

TRUE CRIME EP3; MEMBUNUH UNTUK HIBURAN
Membunuh hanya untuk hiburan semata. Kerana perasaan ingin tahu dan ingin cuba yang semakin membuak, ramai nyawa menjadi korban. Siapakah pelakunya? Apa yang berlaku?

TRUE CRIME EP2; TIARA ANGELINA SARASWATI
Tiara hanyalah seorang wanita biasa yang mempunyai harapan dan masa depan. Hanya kerana pintu yang terkunci, tercetusnya pertengkaran sehingga terjadi sebuah tragedi. Apakah salah Tiara sehingga menjadi korban? Apa yang dilakukan oleh si pelaku? Dan apakah kesudahannya?

TRUE CRIME EP1; TINGKAT 13 STIRLING ROAD
Percintaan itu indah pada awalnya. Namun apabila hubungan menjadi toksik, hanya satu panggilan telefon merubah segalanya. Apakah yang berlaku di tingkat 13, di estet perumahan di Stirling road?