Live Well. Leave Well. Singapore Hospice CouncilLive Well. Leave Well. Singapore Hospice Council

Podcast Trailer "Live Well. Leave Well." Musim Kedua

View descriptionShare

Manusia hadir ke dunia ini membawa harapan, belajar menyayangi sepanjang jalan, dan akhirnya, pulang jua ke pangkuan Ilahi. 

Dalam melalui pelbagai fasa kehidupan ini, kita sentiasa mencari cara terbaik untuk menikmati setiap detik yang diberi. Kita gemar meraikan kejayaan dan kebahagiaan, namun apabila berdepan dengan kesakitan dan pemergian insan tersayang, berbicara mengenainya menjadi amat mencabar.

Singapore Hospice Council menerbitkan satu siri podcast istimewa yang bertujuan membuka ruang perbincangan tentang kematian dan dalam perjalanan terakhir, perpisahan, dan erti penjagaan di hujung hayat. Melalui perkongsian ini, masyarakat dapat memahami bagaimana penjagaan paliatif bukan sahaja meringankan penderitaan, tetapi juga memberi kekuatan kepada pesakit dan keluarga dalam menghadapi pengakhiran hidup dengan tenang dan bermaruah.

Setiap episod mengetengahkan perspektif daripada pelbagai pihak,  penjaga, profesional kesihatan, pendidik dan pelajar,  yang berkongsi kisah dan pelajaran hidup tentang belas kasihan, maruah, dan banyak lagi.

Marilah bersama-sama mengikuti siri ini dan mendalami makna sebenar di sebalik ungkapan “Live Well and Leave Well”.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Singapore Hospice Council.

Dihoskan oleh: Fizah Nizam
Diterbitkan oleh: Feefee Nurfitri Abdullah
Penerbit Eksekutif: Denise Tan & Germaine Tan
Rakaman & Adunan: Kenn Delbridge

  • Facebook
  • X (Twitter)
  • WhatsApp
  • Email
  • Download

In 1 playlist(s)

  1. Live Well. Leave Well. Podcast

    20 clip(s)

Live Well. Leave Well. Singapore Hospice Council

People live, people love, and people die. We all look for how we can best experience these phases of 
Social links
Follow podcast
Recent clips
Browse 20 clip(s)