Berikutan pengunduran Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim secara mendadak, timbul persoalan: “Adakah piawaian moral ahli politik di Singapura terlalu tinggi hingga menjadi hambatan untuk menarik bakat baru yang berkebolehan?”
Dalam episod ke-44 BHerbual ini, Editor Berita, Nazri Hadi Saparin, bersama tamunya, Pengarah Pengasas Dialogue Centre Limited, Mohamed Imran Mohamed Taib, mengupas isu cabaran menarik bakat politik baru dengan piawaian tinggi yang diletakkan pada ahli politik, mengimbangi antara ketelusan dengan menjaga privasi susulan isu peletakan jawatan Dr Faishal berikutan ‘kesilapan pertimbangan’ dalam mengendalikan interaksinya dengan seorang wanita, rombakan Kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri Lawrence Wong pada 22 Julai 2026 serta harapan bagi kepimpinan Melayu/Islam di bawah teraju Encik Zaqy Mohamad.
🎧 Dengarkan perbincangan penuh di Spotify, YouTube Berita Harian Singapura dan laman web www.beritaharian.sg.
#sgnews #beritasingapura #currentaffairs #podcast #vodcast #BHerbual #politics #cabinetreshuffle #faishalibrahim

Episod 485 NoTapis - POV Si Cilik
10:57

Episod 484 (BHGN 2) - Jangan biar bahasa Melayu jadi bahasa ‘order’ makan saja
48:16

Episod 484 (BHGN 1) - “Saya tak bual Melayu pasal bahasa Melayu saya tak bagus…”
37:58