Tirai temasya sukan terbesar dunia, Sukan Olimpik, akan dibuka di Paris pada 26 Julai hingga 11 Ogos. Kali ini, seramai 23 atlet daripada 11 sukan akan mewakili Singapura. Antaranya termasuk atlet lawan pedang Singapura, Kiria Tikanah.
Di sebalik kejayaan Kiria untuk layak bertanding di Sukan Olimpik, ada semangat dan sokongan berterusan keluarga tercinta.
Dalam episod ini, bapanya, Encik Abdul Rahman Ahmad, bersama penerbit-penyampai podcast No Tapis, Cik Natasha Mustafa, dan wartawan, Cik Zulaiqah Abdul Rahim, mengupas perjalanan dan cabaran membesarkan seorang atlet yang kini layak bertanding di Sukan Olimpik.