Kalau bukan kita yang pelihara identiti Melayu, siapa lagi? Cukup ke sekadar dengar lagu Melayu atau pakai baju kurung untuk kekalkan warisan kita? Dalam episod ini hos dari Madrasah Alsagoff bincangkan cabaran sebenar yang dihadapi generasi muda hari ini - daripada isu penggunaan bahasa Melayu hingga ke usaha kekalkan adab dan nilai Melayu.
Episod ini merupakan hasil karya sekumpulan pelajar dari Madrasah Alsagoff yang juga merupakan pemenang Tempat Kedua bagi pertandingan Piala Podcast, yang dianjurkan Institut Millennia (MI) dengan sokongan Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC) dan dengan Berita Harian (BH) sebagai rakan media rasmi.

Episod 481 - Siri Piala Podcast: Budi Yasa: Penjenayah Budaya atau Penyelamat Bahasa?
17:57

Lebih banyak cuti, bantuan, subsidi… cukup untuk buat pasangan mahu anak?
52:32

Episod 479: Siri Piala Podcast: Permainan tradisional - ‘cringe’ ke ‘cool’?
18:55