Ramai belia yakin Singapura mempunyai masa depan yang cerah. Namun apabila bercakap tentang kerjaya, kos sara hidup, kecerdasan buatan (AI), pemilikan rumah dan peluang untuk berkembang, adakah mereka masih yakin dengan masa depan sendiri?
Sempena Hari Kebangsaan, NoTapis menghimpunkan empat anak muda daripada latar belakang berbeza untuk berbincang secara terbuka tentang cabaran yang dihadapi generasi hari ini, mengapa ramai masih memilih untuk kekal di Singapura, dan apakah yang perlu dilakukan supaya belia bukan sekadar menjadi sebahagian daripada masa depan negara, tetapi mampu berkembang seiring dengannya.

Episod 481 - Siri Piala Podcast: Budi Yasa: Penjenayah Budaya atau Penyelamat Bahasa?
17:57

Episod 480 - Siri Piala Podcast: Di mana identiti Melayu kita?
15:33

Lebih banyak cuti, bantuan, subsidi… cukup untuk buat pasangan mahu anak?
52:32