Slanga seperti “mantul”, bahasa singkatan dan istilah baharu semakin menjadi sebahagian daripada cara golongan muda berkomunikasi. Tetapi adakah perubahan ini membantu Bahasa Melayu kekal relevan, atau perlahan-lahan menghakis keaslian bahasa kita? Dalam episod ini, pelajar Raffles Institution (RI) membawa pendengar menyelami isu penggunaan bahasa dalam kalangan belia menerusi kisah fiksyen seorang pempengaruh yang dituduh “menculik” bahasa generasi muda.
Episod ini merupakan hasil karya sekumpulan pelajar dari RI yang juga merupakan juara bagi pertandingan Piala Podcast, yang dianjurkan Institut Millennia (MI) dengan sokongan Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC) dan dengan Berita Harian (BH) sebagai rakan media rasmi.

Episod 485 NoTapis - POV Si Cilik
10:57

Episod 484 (BHGN 2) - Jangan biar bahasa Melayu jadi bahasa ‘order’ makan saja
48:16

Episod 484 (BHGN 1) - “Saya tak bual Melayu pasal bahasa Melayu saya tak bagus…”
37:58