Teknologi canggih boleh dibeli, tetapi semangat dan kesiapsiagaan untuk mempertahan Singapura tidak boleh dijual beli.
Apabila bercakap soal pertahanan negara, biasanya orang akan fikir tentang jet pejuang, kapal selam mahupun teknologi yang canggih.
Namun, adakah semua itu mencukupi untuk menjamin keselamatan sebuah negara sekecil Singapura?
Dalam episod podcast No Tapis sempena Hari Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) ini, hos Natasha Mustafa berbincang bersama Menteri Pertahanan, Encik Chan Chun Sing, yang antara lain berkongsi pengalamannya sebagai Panglima Tentera Darat sebelum ini berkata senjata sebenar Singapura bukanlah aset dan teknologi canggih yang dimiliki, tetapi semangat individu di sebaliknya.

Episod 481 - Siri Piala Podcast: Budi Yasa: Penjenayah Budaya atau Penyelamat Bahasa?
17:57

Episod 480 - Siri Piala Podcast: Di mana identiti Melayu kita?
15:33

Lebih banyak cuti, bantuan, subsidi… cukup untuk buat pasangan mahu anak?
52:32