Bagi Siti (bukan nama sebenar), membesar dengan ayah yang dipenjara kerana dadah bukan perkara mudah. Beliau akui segan bercerita tentang ayahnya kepada teman-teman, takut akan pandangan orang lain. Bantuan dari Dana Pendidikan Harun Ghani (HGEF) mengubah hidup beliau dan adik beradiknya, bukan hanya dari segi kewangan tapi juga dari segi sokongan moral dan mental.
Dari bantuan kecil hingga sokongan emosi dan mentor, HGEF bantu Siti bina semula keyakinan diri dan kini dia mahu bantu orang lain pula. Dalam episod NoTapis kali ini, Siti dan Setiausaha Kehormat HGEF, Cik Haslinda Putri Harun berkongsi bagaimana pertubuhan ini bukan sekadar memberi wang, tapi harapan.

Episod 456 NoTapis - Berhenti rokok masa Ramadan: Kisah bekas perokok dan tip dari pakar QuitLine
40:36

Ekonomi kukuh, tapi pekerjaan yang dicipta kurang?
11:32

Syarikat Singapura terlalu selesa?
31:03