Selepas hampir 40 tahun berkhidmat di SMRT, Encik Hamzah Suria akhirnya memilih untuk bersara. Tetapi persoalannya sama seperti ramai warga emas lain: cukupkah duit untuk hari tua?
Dalam episod ini, kami bersama pengurus kanan estet HDB Cik Nurul Nadirah Khalid, yang menjelaskan bagaimana Skim Beli Pajakan Balik (LBS) boleh membantu warga emas menambah pendapatan persaraan untuk hari tua nanti.
Dari salah faham rakan-rakan di kedai kopi, hingga manfaat sebenar yang memberikan ketenangan minda, episod ini membuka mata tentang bagaimana LBS dan skim lain yang ditawarkan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) boleh mengubah cara kita merancang persaraan.

Episod 457 NoTapis - Bayar zakat setiap tahun, tapi ke mana duit zakat kita pergi sebenarnya?
36:02

Kerja ada, tapi susah ke nak cari yang sesuai?
49:06

Episod 456 NoTapis - Berhenti rokok masa Ramadan: Kisah bekas perokok dan tip dari pakar QuitLine
40:36