Berita Harian SingapuraBerita Harian Singapura

Episod 473 NoTapis - Bahasa Melayu Tak Layu, Cuma Berubah?

View descriptionShare
 

No Tapis

Podcast Berita Harian Singapura menampilkan 3 tajuk podcast - NoTapis, tBH & BHerbual. Ikuti perbincangan yang dekat dengan hati masyarakat Melayu Si 
543 clip(s)
Loading playlist

Bahasa Melayu semakin layu… atau sebenarnya sedang berevolusi?

Dalam episod khas NoTapis ‘Live’ sempena Piala Podcast 2026 di Institut Millennia, kami membincangkan masa depan bahasa Melayu bersama Setiausaha Parlimen Kanan (Pendidikan merangkap Pembangunan Negara), Dr Syed Harun Alhabsyi; pengasas bersama Meja Conteng, Cik Nur Aisyah Lyana Mohamed Satria dan pencipta kandungan Cik Sofia Duad (soficattt).

Melalui undian secara langsung bersama hadirin, kami mengupas persoalan yang dekat dengan generasi muda: 

  • Adakah anak muda kini belajar bahasa Melayu daripada media sosial seperti TikTok?
  • Perlukah kita risau dengan bahasa rojak? 
  • Sejauh mana pencipta kandungan bertanggungjawab membentuk penggunaan bahasa Melayu? 
  • Adakah bahasa Melayu benar-benar semakin hilang, atau sekadar berubah mengikut zaman?

Perbincangan ini menunjukkan bahawa bahasa Melayu bukan sahaja kekal relevan dalam era digital, malah terus mendapat tempat menerusi wadah baharu seperti podcast dan vlog, yang semakin mendapat sambutan dalam kalangan golongan muda.

  • Facebook
  • X (Twitter)
  • WhatsApp
  • Email
  • Download

In 1 playlist(s)

Berita Harian Singapura

Podcast Berita Harian Singapura menampilkan 3 tajuk podcast - NoTapis, BHerbual & Kaki Bola. Ikuti  
Social links
Follow podcast
Recent clips
Browse 636 clip(s)