Berikutan pengunduran Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim secara mendadak, timbul persoalan: “Adakah piawaian moral ahli politik di Singapura terlalu tinggi hingga menjadi hambatan untuk menarik bakat baru yang berkebolehan?”
Dalam episod ke-44 BHerbual ini, Editor Berita, Nazri Hadi Saparin, bersama tamunya, Pengarah Pengasas Dialogue Centre Limited, Mohamed Imran Mohamed Taib, mengupas isu cabaran menarik bakat politik baru dengan piawaian tinggi yang diletakkan pada ahli politik, mengimbangi antara ketelusan dengan menjaga privasi susulan isu peletakan jawatan Dr Faishal berikutan ‘kesilapan pertimbangan’ dalam mengendalikan interaksinya dengan seorang wanita, rombakan Kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri Lawrence Wong pada 22 Julai 2026 serta harapan bagi kepimpinan Melayu/Islam di bawah teraju Encik Zaqy Mohamad.
🎧 Dengarkan perbincangan penuh di Spotify, YouTube Berita Harian Singapura dan laman web www.beritaharian.sg.
#sgnews #beritasingapura #currentaffairs #podcast #vodcast #BHerbual #politics #cabinetreshuffle #faishalibrahim

Episod 475 NoTapis - Dari rumah sewa ke rumah sendiri: "Tak ada gaji tetap, masih boleh beli HDB?"
48:31

Episod 474 NoTapis - Peguam muda senang ‘burnout’? Atau sistem guaman dah rosak?
1:09:04

Episod 473 NoTapis - Bahasa Melayu Tak Layu, Cuma Berubah?
56:22