Bahasa Melayu semakin layu… atau sebenarnya sedang berevolusi?
Dalam episod khas NoTapis ‘Live’ sempena Piala Podcast 2026 di Institut Millennia, kami membincangkan masa depan bahasa Melayu bersama Setiausaha Parlimen Kanan (Pendidikan merangkap Pembangunan Negara), Dr Syed Harun Alhabsyi; pengasas bersama Meja Conteng, Cik Nur Aisyah Lyana Mohamed Satria dan pencipta kandungan Cik Sofia Duad (soficattt).
Melalui undian secara langsung bersama hadirin, kami mengupas persoalan yang dekat dengan generasi muda:
Perbincangan ini menunjukkan bahawa bahasa Melayu bukan sahaja kekal relevan dalam era digital, malah terus mendapat tempat menerusi wadah baharu seperti podcast dan vlog, yang semakin mendapat sambutan dalam kalangan golongan muda.

Episod 481 - Siri Piala Podcast: Budi Yasa: Penjenayah Budaya atau Penyelamat Bahasa?
17:57

Episod 480 - Siri Piala Podcast: Di mana identiti Melayu kita?
15:33

Lebih banyak cuti, bantuan, subsidi… cukup untuk buat pasangan mahu anak?
52:32