Podcast 4 Mak Dara kali ini ketengahkan 2 pelakon legenda radio, TV & pentas Singapura - J Rosmini & Norsiah Hamid.
Jika anda antara pendengar setia rancangan Pentas Radio terbitan Radio 2 yang kini dikenali sebagai WARNA 942, pasti suara mereka tidak asing kedengaran setiap pagi Ahad. Bahagian ketiga ini ketengahkan tips melayari bahtera rumahtangga dengan pasangan pilihan orang tua, bahagia hingga tanah & cangkul sahaja yang memisahkan. Tips sebagai ibu yg penyayang , ibu mertua yang disenangi anak menantu & ninda yang prihatin terhadap cucu mereka. Banyak yang che Sue & Aura Shai pelajari daripada temubual dari hati ke hati & telus bersama pelakon J Rosmini & Norsiah Hamid . Mungkin anda juga boleh manfaatkan perkongsian mereka .

Bila mantan juruhebah yang dah bersara sertai kursus AI (Artificial Intelligence), susah ke? Apa cara penulis lirik lagu rok didik cucu supaya cintai bahasa Melayu?
54:26

Formula hasilkan lirik lagu rok untuk Ella, Lefthanded, Ramli Sarip mesti tiarap? Ada peristiwa lucu sewaktu temubual dengan seorang menteri sewaktu liputan siaran langsung pelancaran Link Kedua.
59:10

Anak istimewa pelakon Hashima Hamidon pandai jana pendapatan di TikTok? Pelakon Mariani Yati dituduh ‘sekongkol’ dalam kemelut perkahwinan rahsia anak sulungnya?
54:56