Episod kali ini mengetengahkan mantan penyiar radio Warna/Radio 2 - Inon Salleh dan penulis skrip drama tv, radio, sajak & lirik lagu - Hartinah Ahmad. Inon Salleh yang sudah bersara kini mempunyai pelbagai sijil yang diterima setelah sertai pelbagai kursus. Apa kursus yang telah diikutinya? Hartinah Ahmad pula seorang yang suka berpersatuan & lakukan kerja sukarela - di mana & kenapa?

Formula hasilkan lirik lagu rok untuk Ella, Lefthanded, Ramli Sarip mesti tiarap? Ada peristiwa lucu sewaktu temubual dengan seorang menteri sewaktu liputan siaran langsung pelancaran Link Kedua.
59:10

Anak istimewa pelakon Hashima Hamidon pandai jana pendapatan di TikTok? Pelakon Mariani Yati dituduh ‘sekongkol’ dalam kemelut perkahwinan rahsia anak sulungnya?
54:56

Zaman sekolah - diserang di kantin sekolah, pemberi surat cinta disebat oleh pengetua !! Haii berwarna warni zaman sekolah pelakon Hashimah Hamidon & Mariana Yati kan
56:39