Para pendengar yg dirahmati & dimuliakan , hadirnya hari Khamis hadir juga wadah ilmu ringkas Tazkirah mengisi ruang petang anda sambil kita menantikan waktu solat maghrib. Kita maklum Iblis tercipta dari api, sementara Nabi Adam a.s. diciptakan dari tanah. Api yang menyala-nyala memikirkan dia yang paling hebat diantara ciptaan yang lain. Namun, tanah menjadi pilihan untuk si api tunduk keatasnya. Al fadil Ustaz Mohamad Faizal Mohd Wahab dengan perkongsian mengenai Adam & Iblis. Semoga kita mendapat manfaat dari razkirah ini.