ASIMBARA Unplugged Hari Radio Sedunia 2023
On Air Live! Unplugged D Asyik
ASIMBARA Unplugged Hari Radio Sedunia 2023
00:00 / 10:54

Unplugged D Asyik

On Air Live! Unplugged D'Asyik iaitu segmen hiburan bersama artis OA (Orang Asli) dan Tempatan yang dijemput untuk membuat persembahan secara akustik di konti ASYIKfm pada hari Jumaat, bermula jam 8 malam. Segmen ini merupakan kesinambungan daripada 'Gradung Gradeng' yang mengetengahkan bakat muzik daripada penggiat seni Orang Asli. Menonjolkan kelainan dari segi bunyi oleh persembahan artis secara langsung atau 'Live' di dalam konti menjadikan segmen ini sentiasa ada pendengarnya tersendiri. Selain itu juga, para pendengar akan dibawakan lebih dekat untuk mengenali artis jemputan yang akan berborak secara santai bersama penyampai mengenai perkongsian mereka. Segmen Unplugged D' Asyik ini dibuat secara live FB di Facebook rasmi ASYIKfm.