Musim Banjir Tiba🌧
Ubat Perlu Sedia
Banjir sememangnya memberikan implikasi besar kepada pengurusan kesihatan pesakit dan salah satunya adalah pengurusan dan pembekalan ubat-ubatan. Kerap kali pesakit mendakwa bahawa mereka mengalami masalah bekalan ubat terputus kerana tidak dapat menyambung bekalan ubat di fasiliti kesihatan akibat daripada terputus hubungan atau menjadi mangsa banjir.
Selain itu, ada juga pesakit yang mengadu bahawa bencana banjir yang terjadi secara tiba-tiba telah menenggelamkan bekalan ubat mereka kerana tidak sempat diselamatkan. Perkara ini menjadi lebih serius apabila semua rekod perubatan turut hilang. Ketidakpatuhan terhadap pengambilan ubat boleh meningkatkan risiko pesakit mengalami komplikasi penyakit.
Sehubungan itu, pesakit yang tinggal di kawasan yang kerap dilanda banjir perlu diberi pendedahan berkaitan cara pengurusan ubat yang betul dan sistematik untuk menghadapi banjir.
𝐍𝐚𝐧𝐭𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐮𝐩𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐥𝐚𝐧𝐣𝐮𝐭 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐚𝐡𝐥𝐢 𝐟𝐚𝐫𝐦𝐚𝐬𝐢 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐞𝐧𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐨𝐩𝐢𝐤 𝐢𝐧𝐢 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 𝐬𝐚𝐥𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐝𝐢𝐨 𝐀𝐬𝐲𝐢𝐤 𝐟𝐦! ASYIKfm
🗓 𝟏𝟕 𝐍𝐨𝐯𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟓 (𝐈𝐬𝐧𝐢𝐧)
🕰 𝟏𝟏.𝟑𝟎 𝐩𝐚𝐠𝐢
📻 𝟏𝟎𝟐.𝟓 𝐅𝐌 (𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐋𝐮𝐦𝐩𝐮𝐫)
📱 https://rtmklik.rtm.gov.my/
📺 𝐀𝐬𝐭𝐫𝐨 𝐂𝐇𝟖𝟕𝟓
𝐒𝐞𝐦𝐨𝐠𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐦𝐚𝐧𝐟𝐚𝐚𝐭 𝐛𝐮𝐚𝐭 𝐬𝐞𝐦𝐮𝐚 😉