Bicara Dengan Isyarat 🤚🏻
Fahami Ubat Lebih Dekat 💊
OKU Pendengaran merujuk kepada individu dengan ketidakupayaan pendengaran kekal pada kedua-dua belah telinga atau di sebelah telinga. Sebenarnya, bukan semua individu pekak adalah bisu atau mempunyai masalah pertuturan.
OKU Pertuturan pula seperti yang ditakrifkan dalam Akta Orang Kurang Upaya 2008, ialah individu yang mengalami kesukaran dalam berkomunikasi secara lisan kerana masalah suara, artikulasi atau kelancaran.
Seperti yang kita sedia maklum, OKU Pendengaran mempunyai limitasi untuk berkomunikasi secara lisan. Menerusi Akta OKU 2008, Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) telah diiktiraf sebagai bahasa rasmi OKU Pendengaran di Malaysia.
Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi menyantuni pesakit Pekak dalam usaha menyediakan perkhidmatan kesihatan yang lebih inklusif kepada golongan ini .
𝐍𝐚𝐧𝐭𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐮𝐩𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐥𝐚𝐧𝐣𝐮𝐭 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐚𝐡𝐥𝐢 𝐟𝐚𝐫𝐦𝐚𝐬𝐢 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐞𝐧𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐨𝐩𝐢𝐤 𝐢𝐧𝐢 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 𝐬𝐚𝐥𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐝𝐢𝐨 𝐀𝐬𝐲𝐢𝐤 𝐟𝐦!
ASYIKfm
🗓 𝟐𝟐 𝐒𝐞𝐩𝐭𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟓 (𝐈𝐬𝐧𝐢𝐧)
🕰 𝟏𝟏.𝟑𝟎 𝐩𝐚𝐠𝐢
📻 𝟏𝟎𝟐.𝟓 𝐅𝐌 (𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐋𝐮𝐦𝐩𝐮𝐫)
📱 https://rtmklik.rtm.gov.my/
📺 𝐀𝐬𝐭𝐫𝐨 𝐂𝐇𝟖𝟕𝟓
𝐒𝐞𝐦𝐨𝐠𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐦𝐚𝐧𝐟𝐚𝐚𝐭 𝐛𝐮𝐚𝐭 𝐬𝐞𝐦𝐮𝐚 😉
PODCAST DI SUNTING OLEH : MUHIRI SIWAS (DJ RIO)