Selepas musim tengkujuh, Syam dan rakannya, Faiz, berdepan pengalaman mengerikan ketika menjaga bot di sebuah jeti di Kampung Sungai Paku, Brunei. Mereka terserempak dengan satu lembaga besar yang muncul dari laut, bertubuh penuh lumut dan dirantai pada tangan serta kaki. Namun, kejadian malam itu rupa-rupanya berkait dengan kisah silam seorang wanita yang dikatakan dibuang ke laut dalam keadaan dirantai. Sejak itu, bunyi rantai diseret dan tangisan wanita masih kedengaran di sepanjang pantai setiap kali musim tengkujuh tiba.



