Majlis Santuni Kasih Syawal, 25 April 2025 (Jumaat) Kampung Orang Asli, Sungai Kroh, Perak.Sebelum majlis berlangsung YAB Dato’ Seri Diraja Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi (Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah) sempat melawat masuk ke dalam tapak 12 usahawan Orang Asli yang terlibat di bawah Program Sejati Madani.
Turut hadir Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ramli Mohd Nor dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak Datuk Mohd Zolkafly Harun.
Pelapor di lokasi : Hardy Zakaria Kassim
“Bagi anak-anak Orang Asli yang memperoleh 5A ke atas di dalam keputusan SPM wajib diberikan biasiswa 100% untuk melanjutkan pelajaran mereka di institusi pendidikan MARA dan mereka juga boleh memohon untuk masuk ke Pengajian tinggi yang berada di bawah MARA malah TVET khusus khas untuk anak-anak Orang Asli di seluruh Negara“ - YAB Dato’ Seri Diraja Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi (Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah)
87 orang murid OA yang cemerlang dengan keputusan 5A ke atas.
-9A (2 Orang)
-8A (13 Orang)
-7A (11 Orang)
-6A (22 Orang)
-5A (39 orang)
(1932 jumlah calon Orang Asli yang mengambil SPM 2024)
Jumlah mengikut Negeri seperti di bawah:
• Pahang – 40
• Johor – 17
• Perak – 14
• Negeri Sembilan – 6
• Selangor – 6
• Melaka – 3
• Kelantan – 1
Bagi pelajar di DUN Ayer Kuning dalam daerah Batang Padang, seramai 5 pelajar berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang :
• Nurul Ain Syuhada binti Afizan (9A), SABK Daerah Batang Padang, Bidor
• Anim Sofea binti Alang (8A), SMK Buyong Adil, Tapah
• Alian A/L Radhy (6A), SMK Sri Tapah, Tapah
• Nur Uswatun Khasanah Binti Bah Sahak (5A), SMK Chenderiang, Chenderiang
• Siti Nur Balqissya Binti Basri (5A), SMK Sungai Kruit, Sungkai
#PRKAyerKuning #N48