DUO PAGI : Celoteh Pagi bersama DJ Lynda & DJ Asmi (Dialek Temiar) bercerita mengenai kisah 'Terpaling' misteri iaitu pengalaman oleh pemandu van/lori yang bersendirian membawa mayat dari kawasan pendalaman ke bandar atau pekan. Perjalanan yang memakan masa lebih 3-5 jam ini terpaksa dilalui oleh mereka tanpa mengira waktu. Kebiasaanya pada waktu malam adalah paling mencabar disebabkan cuaca yang gelap dan hanya bertugas seorang diri untuk menjalankan amanah yang diberi. Kadang kala perasaan takut itu dirasai oleh pemandu namun mereka ada cara tertentu untuk meredakan keadaan.
Jom dengarkan di podcast DJ DUO PAGI, Celoteh bersama DJ Lynda & DJ Asmi.