Selvi telah dimasukkan ke hospital kerana penyakit buah pinggang. Dia tidak boleh membuat persiapan untuk sambutan Hari Deepavali. Dia meminta anak-anaknya membuat persiapan Deepavali dengan panduan daripadanya. Pada hari Deepavali, keluarga dan jiran-jiran Selvi membuat lawatan kejutan ke hospital. Selvi berasa gembira dan bangga dengan anak-anaknya kerana mereka telah dapat membuat persiapan untuk Deepavali walaupun ibunya tidak ada di sisi mereka. Cerita ini khas sempena Hari Deepavali.
Penulis: Mathialagan Govinthasamy
Penyampai Rancangan: Tresa
Penerbit: Sakuntalah Narayanan