



"Gamer" Sambilan, Level 15
Permainan video online sudah mendapat tempat dalam kalangan remaja sekarang, sehinggakan ianya dikategorikan sebagai sukan elektronik. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang keseronokan dan ketagihan permainan video online, serta persaingan antara pemain-pemainnya, kami berborak dengan seorang "game…

Gelandangan Kota
Disebalik bangunan-bangunan pencakar langit yang tersergam indah, simbol kemajuan yang pesat, terdapat golongan-golongan yang berkeliaran tanpa hala tuju. Mereka digelar golongan gelandangan, dan nasib mereka terumbang-ambing. Syed Azmi Alhabshi menceritakan kisah mereka. Selain itu, malam yang hen…

Kenangan Zaman 90an
Bagi golongan muda yang baru memasuki alam dewasa, era 90’an merupakan era yang paling nostalgik. Mana taknya? Pengalaman-pengalaman yang dilalui semuanya unik dan berlainan dengan apa yang dilalui sekarang. Amirul “Bozu” menceritakan proses membukukan pengalaman-pengalaman tersebut sebagai kenanga…

Masyarakat di Mata P. Ramlee
Di samping menghiburkan kita, filem-filem P. Ramlee juga mempunyai maksud-maksud tersirat tentang keadaan masyarakat sekeliling. Adakah maksud-maksud tersebut dapat dilihat dengan mata kasar? Dan adakah kita dapat memahami maksud tersebut, disebalik tawa dan tangisan? Daniyal Kadir membantu kami da…

Cerita Bumi Kenyalang
Walaupun senegara, masyarakat di Semenanjung dan Sabah serta Sarawak menjalani hidup dengan persepsi dan pandangan yang berbeza. Apakah perbezaan tersebut, dan bagaimanakah pertembungan budaya itu membentuk nilai dan persepsi kita? Kami cuba memahami perspektif rakyat negeri Sarawak dan pengalaman …

Pabila Bintang Bertembung di Angkasa
Bahang filem Star Wars yang terbaru menggamit kita semua, dan sekiranya anda tak puas dengan bahan-bahan Star Wars yang anda ada, mungkin anda patut cuba "Peperangan Bintang", satu adaptasi cerita "Star Wars" dalam medium wayang kulit. Bila Larut Malam berborak dengan Tintoy Chuo, pengasas "Fusion …

Jauh Perjalanan, Luas Pemandangan
Kata pujangga "Jauh Perjalanan, Luas Pemandangan" amat dekat dengan orang muda sekarang yang menjadikan mantra ini untuk mengembara atau "travel". Apakah sebenarnya tarikan "travelling" ini? Melancong semata-mata, atau, ada maksud yang tersirat? Qaisy Jaslenda, seorang pengembara, membantu kami men…

Annyeonghaseyo, Hallyu Wave!
Kegilaan remaja (dan juga sesetengah dewasa) sejak beberapa tahun lepas ialah muzik dan drama daripada Korea Selatan, yang kemudiannya berubah menjadi ikutan terhadap budaya yang dipanggil "Hallyu Wave". Apakah "Hallyu Wave" ini, dan macam mana budaya ini boleh meresap masuk ke Malaysia? Apakah tar…

Jagat - Coretan Realiti
"Jagat" ialah filem Tamil tempatan yang memaparkan kisah komuniti masyarakat India di sebuah pekan kecil utara Malaysia pada sekitar awal 90-an. Paparan masyarakat dalam filem ini telah mendapat pujian orang ramai. Kami bercakap dengan pengarah filem tersebut untuk memahami inspirasi beliau dalam p…

Projek MMO - Berita Alaf Baru?
Projek MMO ialah laman berita berbahasa Melayu yang menjadi cabang kepada laman berita Malay Mail Online. Berbeza dengan laman web bahasa Melayu yang lain, Projek MMO mempunyai kumpulan pengarangnya yang tersendiri untuk menentukan arah dan hala tujunya. Kami bercakap dengan editor Fathi Aris Omar,…