Bayangkan anda di bufet, anda boleh makan segala juadah yang dihidangkan kerana sudah bayar harga yang tetap. Begitulah ‘sindrom bufet’ - bila sudah bayar premium insurans yang menawarkan perlindungan bagi semua jenis ujian, pesakit cenderung meminta segala jenis ujian dan rawatan daripada hujung rambut hingga hujung kaki kerana insurans mereka boleh menanggung kosnya.
Kesannya? Kos penjagaan kesihatan dan premium insurans akan melonjak bagi semua orang.
Tapi ingat, ini boleh menyebabkan pembaziran sumber yang terhad dan menjejas mereka yang benar-benar memerlukan rawatan atau ujian itu.
Dalam episod BHerbual kali ini, Anggota Parlimen GRC West Coast-Jurong West, Dr Hamid Razak berbincang dengan Anwar Saleh (koresponden) dan Shiqin Ramadan (wartawan) tentang langkah yang diambil pemerintah untuk menggalak sikap yang lebih bertanggungjawab semasa menggunakan pelan insurans dan khidmat penjagaan kesihatan.
Dengarkan podcast ini di laman web www.beritaharian.sg, YouTube Berita Harian Singapura atau Spotify (BHerbual).
#sgnews #beritasingapura #currentaffairs #podcast #vodcast #BHerbual #insurance #healthcare

Episod 460 NoTapis - Seni Warisan Melayu dah tak relevan?
47:23

Klinik & pejabat khidmat sosial di bawah satu bumbung?
25:17

Episod 459 NoTapis - Raya: Kids edition…bila kanak-kanak cakap pasal raya
27:17