Berita Harian SingapuraBerita Harian Singapura

"Sebagai influencer, memang perlu sedia kena kecam..." - Vivy Yusof (Bahagian II)

View descriptionShare

Langkah pengasas dUCk, Cik Vivy Yusof menubuhkan jenama itu turut menerima kritikan daripada sesetengah pihak yang merasakan harga yang diletakkan pada tudung yang dijual di bawah jenama itu terlalu tinggi dan tidak dimampui, sedangkan matlamat utama tudung adalah untuk menutup aurat wanita.

Membidas kecaman tersebut, Cik Vivy, atau nama penuhnya Vivy Sofinas Yusof, berkata tidak semestinya semua hal yang berkaitan dengan agama perlu diletakkan harga yang rendah.

"Mengapa orang Islam tak boleh inginkan 'luxury'? Kerana kita diajar agar terus meletakkan aspirasi untuk menjadi lebih baik dalam apa jua yang dilakukan.

"Daripada sudut perniagaan juga, ini satu keputusan berasas, kerana dalam pasaran yang lebih dimampui memang sudah banyak jenama tudung lain.

"Jadi, untuk apa kita buat benda sama apabila kita boleh wujudkan jenama orang Islam yang mewah, atau 'luxurious', dan mempunyai aspirasi tinggi," ujarnya.

Dengar penjelasan beliau bersama editor podcast kami, Shahida Sarhid dalam #NoTapis

  • Facebook
  • X (Twitter)
  • WhatsApp
  • Email
  • Download

In 1 playlist(s)

Berita Harian Singapura

Podcast Berita Harian Singapura menampilkan 3 tajuk podcast - NoTapis, BHerbual & Kaki Bola. Ikuti  
Social links
Follow podcast
Recent clips
Browse 597 clip(s)