Jom BHerbual: Mengapa keluarga Melayu kian mengecil?

 

Kos sara hidup, kerjaya, atau sekadar perubahan gaya hidup zaman sekarang?

Kenapa saiz keluarga Melayu di Singapura kini semakin mengecil berbanding generasi terdahulu?

Dalam episod Jom BHerbual - yang dirakam secara langsung bersama penonton di Wisma Geylang Serai (WGS)-  kami kupas realiti dan dilema sebenar yang dihadapi pasangan muda hari ini apabila bercakap tentang perancangan anak.

Adakah seorang anak dah cukup, atau adakah memiliki keluarga besar kini menjadi satu 'kemewahan'?