Pada usia sembilan tahun, Falisha Zafilin disahkan menghidap penyakit kronik, Primary Sclerosing Cholangitis (PSC), sejenis penyakit hati kronik yang jarang berlaku dan tidak diketahui puncanya dan perlu menjalani pelbagai rawatan termasuk transfusi darah dan pemindahan hati. Dalam episod NoTapis kali ini, Falisha berkongsi perjalanan hidupnya — daripada zaman kanak-kanak yang banyak dihabiskan di hospital, rasa FOMO melihat kawan-kawan menjalani kehidupan biasa, hinggalah saat beliau sedar bahawa darah daripada orang asing telah membantu menyelamatkan nyawanya.
Turut bersama ialah Cik Nur Huda Mustapha daripada Palang Merah Singapura yang berkongsi tentang keperluan darah di Singapura, proses pendermaan darah dan mengapa setiap penderma memainkan peranan besar dalam menyelamatkan nyawa.
🩸 Berani derma darah selepas dengar episod ini?

Episode 478 NoTapis - Kenapa ramai tak tahu ‘humanitarian work’ sebenarnya mula di S’pura?
37:09

Belia nak bersuara tentang dasar, bukan sekadar cakap kosong
25:21

Ramai kawan ‘online’, tapi belia masih sunyi?
23:55