Pada September 2025, Singapura telah menghantar pasukan perubatan ke Kahirah, Mesir, untuk membantu mangsa konflik dari Gaza.
Salah seorang dari mereka ialah Cik Noor Haziah Hussain, pengurus jururawat kanan di jabatan pediatrik Hospital Universiti Nasional (NUH).
Beliau menceritakan persiapannya sebelum misi, bagaimana pasukan Singapura disambut mesra oleh kakitangan hospital di sana dan yang paling utama, bagaimana senyuman murni kanak-kanak Palestin meninggalkan kesan yang mendalam baginya.
Dengarkan pengalaman Cik Haziah dalam episod podcast BHerbual kali ini.