No Tapis
Podcast Berita Harian Singapura menampilkan 3 tajuk podcast - NoTapis, tBH & BHerbual. Ikuti perbincangan yang dekat dengan hati masyarakat Melayu Si…557 clip(s)
Loading playlist
Apa yang mendorong seorang lelaki Singapura bukan Melayu untuk belajar bahasa Melayu secara serius? Dalam episod NoTapis ini, Encik Bhargav Sriganesh berkongsi perjalanannya: daripada seorang yang bertutur dalam bahasa Melayu tanpa memahami maknanya, hingga menjadi fasih berbahasa Melayu selepas latihan intensif selama empat bulan. Beliau mendedahkan cabaran yang dihadapi, pengalaman bertugas sebagai pegawai diplomatik di Kuala Lumpur sebelum ini, serta bagaimana bahasa Melayu menjadi jendela kepada budaya dan nilai masyarakat.



