'' TAKAH itu air terjun.. PENGKOI itu ialah sejenis kayu, sifatnya tajam macam mengkuang.. "
34 Je Kita Suka! ASYIKfm
'' TAKAH itu air terjun.. PENGKOI itu ialah sejenis kayu, sifatnya tajam macam mengkuang.. "
00:00 / 22:09

34 Je Kita Suka! ASYIKfm

34 Je Kita Suka! di Radio ASYIKfm mengetengahkan perkongsian keunikan komuniti Orang Asli Malaysia. Bersiaran setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad yang bermula pada jam 3:40 Petang sehingga 4:14 Petang. Antara 3 segmen menarik ke udara iaitu BTS Rentak Genen, Chok Tiktok Deh? dan Bejaguk Se'reh Pinong. Ayuh! terokai nilai keunikannya yang tersendiri... BTS 'Rentak Genen' (Behind the scene 'Rentak Genen' yang bermaksud belakang tadbir rentak terkini, 'Rentak Genen' merupakan bahasa Dialek Orang Asli Temuan. Segmen ini menampilkan pengiat seni Orang Asli yang berbakat dalam bidang muzik seperti komposer, penulis lirik, ahli band serta artis solo yang aktif menghasilkan karya lagu dalam Dialek Orang Asli. Chok Tiktok Deh? (Bermaksud Tiktok siapa ye? dan merupakan bahasa Dialek Orang Asli Temiar. Segmen ini merupakan sesi temubual santai di konti bersama pencipta content Tiktok atau platform media sosial yang lain dikalangan komuniti Orang Asli. Bejaguk Se'reh Pinong (Bermaksud borak sirih pinang dan merupakan bahasa Dialek Orang Asli Jakun. Menampilkan keunikan tersendiri dari komuniti Orang Asli. Perkongsian info menarik dan pengalaman di dalam sesi temubual bersama tetamu jemputan seperti ikon OA, pengiat seni tradisi, pengamal adat budaya, pengusaha kecil dan yang berkaitan.